CATATAN SEJARAH
Isnin, Disember 07, 2009
CATATAN SEJARAH

Gerak Gemilang 2005
Cekak Hanafi cipta rekod
Oleh Haswari Ali
PERHIMPUNAN raksasa putera dan puteri Persatuan Silat Cekak Hanafi
DUA lagi rekod tercipta dalam Malaysian Book of Records (MBR), selepas Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia (Silat Cekak Hanafi) berjaya mengumpulkan lebih 5,000 pesilat dari seluruh negara di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 September lalu.

Rekod yang dikenali sebagai Persembahan Silat Terbesar (5,032 pesilat) dan Penyertaan Pesilat Wanita Terbesar Dalam Persembahan Silat (2,214 pesilat) adalah sempena meraikan ulang tahun ke-40 persatuan seni silat berkenaan atau dikenali program Gerak Gemilang.
Presiden dan guru utama persatuan, Md Radzi Hanafi berkata, kejayaan itu sekali gus membuktikan komitmen, pengorbanan dan keikhlasan ahli persatuan dalam membantu persatuan mencapai apa yang dirancangkan.
Semoga kejayaan ini dijadikan pembakar semangat dan asas untuk kita semua berusaha lebih gigih bagi meningkatkan martabat silat Melayu amnya dan Silat Cekak Hanafi khasnya, katanya dalam satu kenyataan.

Hari kemuncak itu dirasmikan Presiden Pesaka, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan keputusan rekod diumumkan Pengerusi Malaysia Book Of Records, Datuk Danny Ooi.
Ketika ditemui i-Kon beberapa minggu sebelum rekod dibuat, Md Razi berkata, pihaknya mengundang hampir semua pesilat dari 13 cawangan Silat Cekak Hanafi seluruh negara, tak kira yang lama, baru atau yang sedang menuntut.
Beliau juga berkata, pemilihan Tasik Titiwangsa sebagai berlangsung tapak program, sungguh bertepatan sekali kerana mampu menarik kunjungan orang ramai yang dapat datang bersama rakan dan keluarga.
Saya ibaratkan, program ini adalah terbesar dalam sejarah persatuan sebagaimana program serupa yang pernah kami buat di hadapan Bangunan Berkembar Petronas, pada 2001,katanya.
Mengulas mengenai saingan persatuan seni silat, Md Razi berkata, ia banyak bergantung kepada kekuatan organisasi persatuan masing-masing.
Beliau juga berkata, pemilihan Tasik Titiwangsa sebagai berlangsung tapak program, sungguh bertepatan sekali kerana mampu menarik kunjungan orang ramai yang dapat datang bersama rakan dan keluarga.
Saya ibaratkan, program ini adalah terbesar dalam sejarah persatuan sebagaimana program serupa yang pernah kami buat di hadapan Bangunan Berkembar Petronas, pada 2001,katanya.Mengulas mengenai saingan persatuan seni silat, Md Razi berkata, ia banyak bergantung kepada kekuatan organisasi persatuan masing-masing.
Keratan akhbar (klik untuk lebih jelas)

Demi untuk terus memartabatkan silat melayu, sebuah lagi perhimpunan raksaksa akan diadakan pada tahun 2010, genap lima tahun selepas perhimpunan Gerak Gemilang di taman tasik titiwangsa.
Tahun 2001 dan 2005 telah menyaksikan perhimpunan silat raksaksa oleh Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia. Dan kini tahun 2010 bakal menyaksikan sebuah lagi perhimpunan raksaksa yang jauh lebih besar dari yang sebelumnya.
Seluruh ahli-ahli Silat Cekak Hanafi dijemput untuk bersama-sama YM Tuan Guru Hj Md Radzi Hj Hanafi selaku Guru Utama dan Presiden persatuan silat ini bagi menjayakan perhimpunan yang julung-julung kali diadakan. Sumbangan anda adalah amat dialu-alukan bagi memartabatkan lagi silat melayu di mata dunia.
Mudah-mudahan dengan perhimpunan kali ini akan melonjakkan lagi nama silat ini dan sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia.
10.10.10, nantikan gegaran kami!!!
Segerak Searah menuju gagasan 1Malaysia!
JOM SILAT!




0 ulasan:
Catat Ulasan