Pelancaran Kempen Jom Silat Negeri Kedah
Selasa, November 24, 2009
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PELANCARAN KEMPEN JOM SILAT PERINGKAT NEGERI KEDAH
Majlis Sambutan Aidilfitri merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PSSCUHM Cawangan Negeri Kedah. Tahun lepas, Persatuan Seni Silat Cekak KUIN menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah. Pada tahun ini, Ibu Pejabat cawangan menjadi tuan rumah sempena majlis pelancaran kempen “Jom Silat” yang diadakan serentak.
Antara objektif majlis ini adalah:1. Merapatkan hubungan mesra diantara ahli‐ahli SCH di seluruh negeri Kedah.
2. Membuat hebahan mengenai program “Jom Silat” yang akan dianjurkan pada 10.10.2010.
3. Menarik ramai ahli bagi mewakili Cawangan Kedah ke program “Jom Silat”.
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Darulaman Golf And Country Club, & dihadiri lebih 100 ahli dari cawangan-cawangan seluruh Negeri Kedah. Secara keseluruhan, program berjaya mencapai objektif. Hebahan mengenai program “Jom Silat” juga berjaya disampaikan.
Banyak lagi program menarik untuk Kempen Jom Silat Cekak Hanafi akan dipaparkan di blog ini. Jumlah penyertaan untuk Kempen Jom Silat juga semakin bertambah. Kemaskini dan jumlah penyertaan akan datang ke laman blog ini, nantikan!Langgani blog ini dengan memasukkan alamat email anda di sebelah kiri untuk mendapat berita-berita yang terkini!
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Sahutlah CABARAN 1 DALAM 10,000!
Share




0 ulasan:
Catat Ulasan