Seni Menegur
11 tahun yang lalu
Keratan suratkhabar ini adalah ihsan Cik Mazliza dari ibu pejabat.


Saya ibaratkan, program ini adalah terbesar dalam sejarah persatuan sebagaimana program serupa yang pernah kami buat di hadapan Bangunan Berkembar Petronas, pada 2001,katanya.
Majlis Sambutan Aidilfitri merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PSSCUHM Cawangan Negeri Kedah. Tahun lepas, Persatuan Seni Silat Cekak KUIN menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah. Pada tahun ini, Ibu Pejabat cawangan menjadi tuan rumah sempena majlis pelancaran kempen “Jom Silat” yang diadakan serentak.
Antara objektif majlis ini adalah:
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Darulaman Golf And Country Club, & dihadiri lebih 100 ahli dari cawangan-cawangan seluruh Negeri Kedah. Secara keseluruhan, program berjaya mencapai objektif. Hebahan mengenai program “Jom Silat” juga berjaya disampaikan.
Banyak lagi program menarik untuk Kempen Jom Silat Cekak Hanafi akan dipaparkan di blog ini. Jumlah penyertaan untuk Kempen Jom Silat juga semakin bertambah. Kemaskini dan jumlah penyertaan akan datang ke laman blog ini, nantikan!




