Pelancaran Kempen Jom Silat Negeri Kedah

Selasa, November 24, 2009

Share

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PELANCARAN KEMPEN JOM SILAT PERINGKAT NEGERI KEDAH

Majlis Sambutan Aidilfitri merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh PSSCUHM Cawangan Negeri Kedah. Tahun lepas, Persatuan Seni Silat Cekak KUIN menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah. Pada tahun ini, Ibu Pejabat cawangan menjadi tuan rumah sempena majlis pelancaran kempen “Jom Silat” yang diadakan serentak.

Antara objektif majlis ini adalah:
1. Merapatkan hubungan mesra diantara ahli‐ahli SCH di seluruh negeri Kedah.
2. Membuat hebahan mengenai program “Jom Silat” yang akan dianjurkan pada 10.10.2010.
3. Menarik ramai ahli bagi mewakili Cawangan Kedah ke program “Jom Silat”.
Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya di Darulaman Golf And Country Club, & dihadiri lebih 100 ahli dari cawangan-cawangan seluruh Negeri Kedah. Secara keseluruhan, program berjaya mencapai objektif. Hebahan mengenai program “Jom Silat” juga berjaya disampaikan.


Banyak lagi program menarik untuk Kempen Jom Silat Cekak Hanafi akan dipaparkan di blog ini. Jumlah penyertaan untuk Kempen Jom Silat juga semakin bertambah. Kemaskini dan jumlah penyertaan akan datang ke laman blog ini, nantikan!

Langgani blog ini dengan memasukkan alamat email anda di sebelah kiri untuk mendapat berita-berita yang terkini!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Sahutlah CABARAN 1 DALAM 10,000!

Share

Read more...

'Soft Launch' Kempen Jom Silat Cekak Hanafi

Jumaat, November 20, 2009

Share

Salam sejahtera!

21 Syawal 1430 H
Taman Melawati KL

Majlis rumah terbuka YM Guru Utama tahun ini diadakan di sebuah banglo di pinggiran ibu kota yang dihadiri oleh ramai ahli-ahli dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Kemeriahan majlis tersebut disemarakkan lagi dengan adanya pelancaran Jom Silat, Cabaran 1 Dalam 10,000 yang telah dirasmikan oleh YM Guru Utama.

Dan pemberian poster Jom Silat pada YDP negeri seluruh Malaysia untuk disampaikan kepada ahli-ahli di negeri masing-masing.






Inilah Cekak Hanafi,
lagi ditekan, lagi diasak,
makin menjadi-jadi keberaniannya,
bertambah maju dan meningkat semangatnya di dalam memperjuangkan warisan pusaka bangsa.

Tanggal 10.10.10 akan menyaksikan sebuah sejarah yang bakal terukir di pesada dunia dalam dunia persilatan. Nantikan!



Disertakan beberapa gambar semasa sekitar majlis tersebut.

Soft launch

Pelancaran

Ahli Uitm S.alam

Ajk-ajk yang ayu lagi berdedikasi!

Sekian paparan kami untuk entri ini. Semoga api semangat terus membara di dalam jiwa anak-anak murid YM Guru Utama Md Radzi Hj Hanafi di dalam perjuangan Silat Cekak Hanafi.

Hidup Cekak Hanafi!!
Share

Read more...

Carian

Mengenai Jom Silat

Foto saya
Malaysia
Blog rasmi Kempen Jom Silat Cekak Ustaz Hanafi anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia sempena program mencipta rekod dunia bagi kategori 'Largest Martial Art Display ' pada tahun 2015.

Segala bahan-bahan berkaitan dengan kempen ini dan persatuan yang dipaparkan di dalam blog ini adalah hakmilik Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia @http://www.silatcekakhanafi.org.

Hak Cipta Terpelihara 2009-2015.