Malaysia Book Of Record : Jom Silat Cekak Hanafi 10.10.10
Isnin, Februari 28, 2011
- Satu majlis ringkas telah diadakan untuk menyampaikan sijil Malaysia Book of Records kepada Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.(Silat Cekak Ustaz Hanafi)
Majlis yang diadakan di pejabat MBOR, telah disempurnakan oleh pengasas Malaysia Books Of Records Dato Danny Oii manakala YM Syeikh Hj Md Radzi Bi Hj Hanafi selaku Pewaris Silat Cekak menerima sijil tersebut bagi pihak persatuan.
Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila dua rekod telah dicatatkan pada 10.10.10 bertempat di Dataran Merdeka,Kuala Lumpur.Program persilatan yang terbesar itu telah mencatatkan rekod “ Largest Silat Performance “ yang mengumpulkan seramai 7356 persilat manakala satu lagi rekod “Largest All women Silat Performance “ yang melibatkan 2,973 persilat wanita.
Program itu juga merupakan salah satu program Kempen ‘Jom Silat ‘ Cekak Hanafi yang berjalan sehingga tahun 2015.
*Berita diambil dari http://www.silatcekakhanafi.org





0 ulasan:
Catat Ulasan